CTS mengikuti dengan penuh minat komentar yang dibuat oleh rakan-rakan blogger mengenai satu gambar Ustaz Azhar Idrus makan di KFC yang rata-rata blogger mengatakannya sebagai makan di McD.
Antaranya, rakan blogger Keris Putera di sini. Bagi menjernihkan keadaan CTS sertakan plan bangunan di sebelah gambar Ustaz Azhar bagi membuktikan di mana Ustaz Azhar berada di dalam gambar berkenaan.
Ustaz Azhar Idrus tidak makan di McD sebaliknya di sebelah kedai McD iaitu di KFC. Tempatnya bukan di Johor, seperti yang didakwa oleh Ustaz Azhar Idrus sebaliknya di Mahkota Parade di Melaka.
Kedudukannya tidak dapat dipertikaikan lagi iaitu berhadapan kedai 'Poh Kong' dan 'Famosa Time'. Betul ke Ustaz? Johor atau Melaka? hehehe. Ustaz Azhar mungkin bercakap benar mengenai perkara lain, tapi lokasi tempat berkenaan susah untuk kelentong orang yang mahir dengan Bandar Melaka ini Ustaz.
Kesimpulannya, bohong tetap bohong Ustaz dan berbohong berdosa kan?
0 comments:
Post a Comment