Seorang graduan dari Universiti
Plymouth, United Kingdom telah diserang dengan seekor pepijat dan
beratus-ratus telur keluar daripada kakinya selepas beberapa minggu dia
pulang dari Tanzania.
Mangsa yang dikenali Matthew O’
Donnell sedang berehat di atas katilnya apabila tiba-tiba dia berasa
kakinya mencucuk-cucuk sebelum pepijat itu yang menetaskan hampir 100
telur kecil berderai keluar melalui bahagian tapak kaki.
“Saya terkejut melihat telur dan
pepijat itu. Tapi kemudian baru saya teringat bahawa salah seorang kawan
saya juga mempunyai bengkak yang sama di bahagian kuku jari kakinya.
“Nampaknya serangga itu menggunakan kaki saya sebagai tiket percuma untuk keluar dari Tanzania,” katanya.
Ketika di sana, dia telah diingatkan dengan pepijat tetapi tidak menyangka kakinya menjadi sarang kepada serangga berkenaan.
Berikutan daripada itu, kaki
O’Donnell berlubang namun doktor memaklumkan bahawa kakinya selamat dan
tiada lagi pepijat atau telurnya yang bersarang di situ.
“Saya tidak sangka telur pepijat
yang keluar dari kaki saya. Saya menggunakan tisu tandas dan membalutnya
sebelum mengepamnya dalam lubang tandas,” katanya.
0 comments:
Post a Comment