Baru-baru ini, penyanyi Indonesia terkenal, Agnes Monica yang telah menukar nama kepada Agnez Mo telah menerbitkan video muzik antarabangsanya yang pertama bersama produser dan rapper terkenal Amerika, Timbaland.
Disebabkan prestasinya di Indonesia sangat cemerlang, maka harapan menggunung diberikan pada lagu dan video muzik lagu bertajuk ‘Coke Bottle’ ini. Namun yang menarik, video ini dikatakan seperti menggunakan produksi amatur dan kelihatan murah.
Tetapi, yang membuatkan ianya menjadi sebutan adalah kerana isu sebahagian dari - Agnez kelihatan jelas sehingga menampakkan bahagian- beliau. Tidak pasti samada memang beliau tidak tahu atau sengaja dibiarkan untuk cetuskan kontroversi kami pun tidak tahu.
Walau sudah diajukan soalan, Agnez tidak mahu menjawab dengan lebih lanjut dan seolah-olah membiarkan saja perkara ini kerana pihak produksi dan pengurusannya tidak bertindak apa-apa untuk memperbaiki video muzik ini.
Disebabkan Indonesia juga adalah antara negara yang ramai penduduk beragama Islam, ramai yang memikirkan Agnez agak keterlaluan. Anda lihatlah sendiri video muziknya pada bahagian 1.13-1.14, patut ada tidak disunting semula?
0 comments:
Post a Comment