Tabiat melihat
klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di sekolah
menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan hubungan seks
bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.
Tanpa rasa
takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah
malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada
teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.
Pelajar berusia
14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara
sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui
teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum
dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.
Ketua Polis
Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata apabila
sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks
dengannya.
Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.
Kamaruddin
berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi
berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya
sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya
tanpa pengetahuan keluarga.
Marah dengan
kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja
pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani pemeriksaan
kesihatan di Hospital Besut selepas itu.
Kamaruddin
berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan
berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif
untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana
merogol.
Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.
0 comments:
Post a Comment